twitter
rss



Tatabahasa

Info  kata hubung

  Kata hubung
a)  Kata hubung digunakan untuk menggabungkan  atau menyambungkan    lebih daripada satu ayat.
b)  Contoh kata hubung  :-
sambil, dan, atau, lalu,tetapi,kerana, agar, supaya.

c)  Contoh ayat :-

1)   Walaupun Ali kaya  tetapi dia tidak sombong.
2)  Azlina dan Azliey berkawan baik sejak kecil.
3)  Anim  membuka pintu bilik lalu masuk ke dalam.
4)   Kamu gemar makan buah rambutan  atau durian  ?
5)  Aminah makan sambil menonton televisyen.
6)  Ainan tidak pergi ke sekolah kerana demam.
7)  Kita hendaklah mendengar nasihat guru agar kita berjaya dalam hidup.
8)  Saya menggosok gigi  setiap hari supaya gigi tidak rosak.


Catatan :-
Azlina  Ibrahim



Mari baca





Lawatan  Ke Lenggong  Perak 

     Ali melawat ke Lenggong Perak. Ali pergi dengan datuknya. Suhu Lenggong  sangat sejuk.Terpegun Ali melihat keindahan Lenggong. Orang Lenggong sangat baik dan ramah.
   Ali bertanya kepada datuknya bagaimana Lenggong mendapat nama. Menurut datuk, kononnya pada zaman dahulu ada seorang Semang hendak menebang sepokok kayu yang besar. Mengikut ceritanya pokok itu sebesar empat atau lima pemelok. Oleh kerana pangkal pokok itu keadaannya berbanir  jadi  susahlah hendak menebangnya. Si Semang tadi berusaha pula membuat pelenggar iaitu suatu tempat bertanjak untuk menebang pokok,Semang bersusah payah menebang, akhirnya tumbanglah pokok itu tetapi malangnya pokok yang ditebang oleh Semang itu menimpa sepokok kayu yang lain yang terkecil sedikit daripadanya. Pokok yang kecil itu patah dan menyebabkan pokok yang ditebang itu terlanggong di atasnya. Batang kayu yang terlanggong itu, tinggallah di situ hingga beberapa lamanya. Akhirnya tempat itu dinamakan “Langgong”. Lama kelamaan nama “Langgong” itu berubah mengikut pelat sebutan menjadi “Lenggong”, kekal nama itu hingga sekarang iniSuatu cerita lagi, konon asalnya terbit nama Lenggong ialah kerana keadaan tempatnya seolah-olah terdinding atau terlengkong oleh bukit-bukit dan banjaran gunung. Jadi tempat tersebut dikenal dengan nama “Lengkong”. Akhirnya berubah pula sebutan “Lengkong” itu menjadi “Lenggong.
       Ali juga  melawat tapak arkeologikal di mana wujudnya bukti-bukti penempatan manusia  ditemui. Tapak-tapak arkeologikal penting termasuk Kota Tampan, Bukit Jawa di Kampung Gelok dan Kampung Temelong. Penemuan arkeologikal paling terkenal di Lenggong adalah Orang Perak, rangka peninggalan berusia 11,000 tahun yang ditemui pada 1990. Peralatan batu berusia 100,000 tahun telah digali dekat Kampung Gelok dan Kampung Temelong.Di sana telah telah ditemui bukti bahawa Gua Harimau merupakan tapak penghasilan peralatan gangsa semasa Zaman Gangsa. Terdapat juga Muzium Arkeologikal Lenggong di Kota Tampan di mana artifak yang digali dari kawasan sekitar dipamerkan.
        Ali seronok melawat Lenggong. Ali berazam untuk datang ke Lenggong lagi .Ali tidak dapat melupakan  keindahan semulajadi Lenggong .

Nota  untuk guru:-
1.    Guru  meminta murid membaca teks dengan kuat , lancar,sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
2.   Murid bercerita tentang pengalaman bercuti.
3.   Murid  dibimbing mengenal pasti ayat FN + FK dalam teks.
4.   Murid dikehendaki  menulis teks di dalam buku tulis.

                                                               



     

Kata Kerja

Isi tempat kosong dengan kata kerja yang betul.


mencuci
membaca
mendengar
mengunting
mengecat
menjerit


1   1.    Pak Abu sedang ______________________ rambut Asraf.


     2.   Ayah _______________ surat khabar sambil minum air teh.


     3.   Kakak gemar   _______________ radio sambil makan.


     4.   Kassim __________________ pintu pagar sebelum 
     ke pejabat.


     5.   Ita  sedang _____________ pinggan – mangkuk di dapur. 

  

      Murid  menguasai   (              )



 Tatabahasa

   Kata Kerja

    Bulatkan jawapan yang diberi dengan betul.

         1.    Aqilah suka _____________ dihadapan  cermin.

              A     berlari
              B     menari


          2.   Zakwan  gemar  _____________  novel.

             A     membaca
             B    menendang


        3.   Encik Ahmad _____________ kereta ke sekolah.

             A    memandu
             B    menunggang


        4.   Joshua ______________ sampah ke dalam tong sampah.

           A      membuang
           B      menyimpan

        5.    Emak _____________ lantai rumah.
          A      mencuci
          B      mengunci


        6.   Hobi Aina ialah ____________ basikal.
A      menunggang
B      menanduk

        7.   Emak sedang ____________ baju – baju di ampaian.

        A  menjemur
        B  melipat                                
       

       8.   Aiman memenangi acara _____________ belon.
       A  meniup
       B  menendang

       9.   Ibu _____________ badan  along  dengan tuala.
      A  mengelap
      B mencubit

  10.  Adila suka ____________di taman bunga.

      A  berjoging
      B  mencabut            



Murid  menguasai   (              )


Sekadar renungan :- kekerapan latihan membolehkan murid  menguasai  sepenuhnya kemahiran yang diajar  oleh guru



Kata kerja

1)    Kata kerja digunakan untuk menunjukkan perbuatan atau kelakuan yang dilakukan oleh manusia atau haiwan.
2)  Contoh kata kerja  adalah seperti berikut :-
                                 


1. Ana sedang makan.
                                
                               
                              
2.  Adik    sedang    bermain   bola .



                                




3.    Burung   itu  terbang.





                                                          
     4. Aminah dan Ahmad berjalan ke  sekolah.








5.      Zaidi    memancing     ikan   .










                      6.Saiful sedang membaca  buku.




Kata kerja dalam ayat di atas ialah :-  makan, bermain,  terbang,   berjalan, memancing   dan   membaca.