twitter
rss


Cerita  rakyat 
Bacaan  luas

                       


                                                   
                      



                                        Anjing dan bayang - bayangnya
  Di dalam sebuah kampung, ada seekor anjing yang sudah tua lagi terbiar. Tidak ada sesiapa yang mahu mendekati apatah lagi untuk memeliharanya.  Sebelum ini, anjing tersebut telah dipelihara oleh satu keluarga  berbangsa Cina. Setiap hari makanannya sedap belaka dan makanannya pula disediakan mengikut masa yang tepat. Bulunya cantik berkilat kerana sentiasa disikat dan dimandikan oleh tuannya.  Apabila ia berasa lapar, ia akan terus menuju ke arah pinggan yang berada di hujung beranda.  Tetapi apabila ia sudah tua, ia dihalau seperti anjing kurap. Betul kata pepatah melayu anjing kurap bermaksud sesuatu yang tidak elok dan tidak berguna lagi.
  Setiap hari sukar untuk anjing tersebut mencari makan. Apabila terserempak dengan manusia pula, ada yang membaling batu dan ada pula yang membalingnya dengan kayu. Terpaksalah anjing itu lari menyelamatkan dirinya kerana takut terkena batu atau kayu. Kadang kala hinggap juga batu atau kayu di kaki atau badannya. Apatah lagi luka dan lebam di kaki atau badannya. Tiap kali anjing tersebut terpaksa merayau-rayau di kawasan sampah sarap dengan mengharapkan agar ada saki baki makanan yang boleh dimakan untuk mengisi perutnya yang lapar.  Pada suatu hari, sedang anjing itu berjalan-jalan di satu kawasan kampung, ia telah terlihat seketul tulang. Hatinya sangat gembira kerana hari itu merupakan rezekinya yang tidak disangka-sangka. Cepat-cepat anjing tersebut menggonggong tulang tersebut dan ia pun berlari dengan sekuat hatinya agar tidak ada sesiapa yang melihatnya.
  Anjing itu pun berlari dan terus berlari sehinggalah sampai di sebuah sungai. Anjing tersebut terpaksa melalui sebatang titi untuk meneruskan perjalanannya agar dia boleh memakan tulang itu dengan tidak ada sesiapa yang akan mengganggunya. Ia melalui titi tersebut dengan penuh berhati-hati agar tulang itu tidak jatuh ke dalam sungai itu. Sambil ia melalui titi tersebut, dia melihat ada bayang-bayang di dalam sungai itu.
  Dengan perlahan-lahan dia pun melihat di permukaan air sungai itu.  Didapatinya ada seekor lagi anjing yang sedang menggonggong seketul tulang yang sama sepertinya.  Maka ia pun berfikir jika dia dapat tulang yang digonggong oleh anjing di dalam sungai itu, maka dia akan mempunyai satu lagi tulang yang menjadikannya ada dua ketul tulang. Dia terus menyalak sambil menunjukkan taringnya untuk menakutkan anjing yang ada di dalam sungai itu. Dengan salakannya itu ia mengharapkan agar anjing yang berada di dalam sungai itu lari dan meninggalkan tulang yang sedang digonggongnya.
  Apatah lagi, tiba-tiba tulang yang digonggongnya pun terus jatuh ke dalam sungai. Terkebil-kebil matanya melihat tulangnya yang telah hilang dan tenggelam tidak kelihatan lagi.  Alangkah kasihannya anjing tersebut kerana dia tidak dapat merasai kenikmatan tulang yang baru sahaja diperoleh pada hari itu.






                                              




Nota Pembaca :-

Pengajaran yang dapat dari cerita di atas ialah orang tamak selalu rugi.






















 Mari membaca buku cerita
 
                                        
  
                                   Kancil dan buaya

     Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang  di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila masa saja.

    Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan  lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.

   Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.

   Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kancil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kancil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".

  Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".

   Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".

  Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.


  

A)        Baca pantun di bawah. Suaikan ayat supaya menjadi pantun  dua kerat.

1)            Guna  joran memancing di muara.
a)          Suasana taman  nyaman dan tenang.
2)          Makan nasi berbuka puasa.
b)          Menolong orang setiap masa.
3)          Long tolong beli peria.
c)          Keluarga Lina sangat ceria.
4)         Menguli tepung bukannya senang.
d)         Hiburkan hati,hilangkan lara.



B)           Salin semula pantun  dua kerat di atas dengan susunan yang betul. 
1)

2)



3) 



4)

            
   Murid menguasai (               )


Mari baca dan catat  maklumat :-

                                   Bad

    Nama saya Bad. Saya berumur 6 tahun. Saya tinggal di Fasa 2B  Seri Manjung.
    Saya suka minum air milo. Makanan kegemaran saya ialah nasi ayam.Saya suka akan  warna hijau.
    Pada masa lapang, saya suka mengumpul stem. Saya bercita – cita  untuk menjadi juruterbang.


                               Rakan Bad

    Nama  rakan karib saya ialah Ina. Umur Ina 5 tahun. Dia tinggal  di Fasa 2B Seri Manjung.
   Dia suka makan nasi kerabu. Minuman kegemarannya ialah limau suam.Ina suka akan warna merah.
   Pada masa lapang , dia suka bermain badminton. Dia bercita – cita ingin menjadi guru.

Catatan:-
1.    Minta murid membaca maklumat tentang Bad dan Ina.
2.   Minta murid mengelaskan maklumat  tentang umur, tempat tinggal dan hobi .


Baca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul

Anak ikan mati dituba,
Menunggang basikal jangan berlumba.

Nasihat ibu harus diikut,
Naik kapal terbang janganlah  takut.

Buah pisang  diatas peti,
Pandu kereta berhati- hati.



Namakan kenderaan  yang anda ketahui :-
1.
2.
3.
4.
5.




  Mari baca




 

                                                       Kebun Datuk Ina

     Pada hari Sabtu yang lalu, Ina sekeluarga melawat datuk dan nenek di kampung.Kami bertolak dari Manjung pada  pukul 6.30 pagi.Kami pergi dengan menaiki kereta Naza Citra.
     Datuk  Ina, Pak Wak Karjoo mengajak Ina pergi ke kebun sayur – sayuran. Di kebun  ada banyak   sayur seperti kubis, cili, petola, kangkung, bendi.
     Ina menolong datuk menanam sayur- sayuran.Datuk mengutip sayur – sayuran  dan buah – buahan.Datuk memasukkan sayur – sayuran dan buah – buahan ke dalam bakul. Ina membantu datuk menyiram sayur – sayuran.
    Nenek  Ina, Mak Nah  membubuh baja pada sayur- sayuran.Datuk membuat batas.Dia menggunakan cangkul untuk membuat batas. Sayur – sayuran yang ditanam oleh datuk hidup subur.





Mari  baca  
                           
                                    Bermain     Bola
 

       Pada setiap hari, Haziq main bola sepak . Dia main dengan kawan- kawan. Haziq pakai kasut bola jenama Adidas. Selepas bermain, dia minum  air  dan makan roti. Haziq lap kasut bola guna kain bersih .






                         



Tatabahasa

Info  kata hubung

  Kata hubung
a)  Kata hubung digunakan untuk menggabungkan  atau menyambungkan    lebih daripada satu ayat.
b)  Contoh kata hubung  :-
sambil, dan, atau, lalu,tetapi,kerana, agar, supaya.

c)  Contoh ayat :-

1)   Walaupun Ali kaya  tetapi dia tidak sombong.
2)  Azlina dan Azliey berkawan baik sejak kecil.
3)  Anim  membuka pintu bilik lalu masuk ke dalam.
4)   Kamu gemar makan buah rambutan  atau durian  ?
5)  Aminah makan sambil menonton televisyen.
6)  Ainan tidak pergi ke sekolah kerana demam.
7)  Kita hendaklah mendengar nasihat guru agar kita berjaya dalam hidup.
8)  Saya menggosok gigi  setiap hari supaya gigi tidak rosak.


Catatan :-
Azlina  Ibrahim