twitter
rss


Kata Nama Khas

1. Kata Nama Khas  digunakan untuk menyebut sesuatu seperti manusia, haiwan, benda , tumbuh-tumbuhan  dan tempat secara khusus.
2. Kata Nama Khas  ditulis dengan huruf besar.
3. Contoh kata Nama khas adalah seperti yang berikut :-


A) Manusia

Doktor Ali, Puan Zainab, Cikgu Puspa, Awie, Encik Lim.


B)  Haiwan

Sang Buaya, Comot, Tomok, Sang Siput, Si Putih, Sang Gagak , Pak Belalang.


C)  Benda

Adidas, Bata, Rolex, Hitachi, Wira, Persona, Sharp, National, Inspira, Naza Ria .


D)  Tempat

Lenggong, Lumut, Seri Manjung, Tanjong Malim  , Sitiawan ,Kuala Kangsar, Ipoh,
Muzium Taiping, Zoo Taiping,Menara Berkembar Petronas, Perak, Johor.



Contoh Soalan

Garisi kata Nama Khas  dalam ayat- ayat dibawah .


1.  Ibu berasal dari Lenggong.

2.  Ayah orang Johor.

3. Ibu membeli baju jenama Adidas dan menghadiahkan kepada ayah.

4. Ibu  bekerja sebagai guru di  Sek. Keb. Kpg Dato' Seri Kamaruddin Seri Manjung Perak.

5. Ibu suka berkelah di Teluk Batik  dan Pulau Pangkor.

6. Ayah bekerja di Lumut.

7. Ibu suka pakai jam jenama Rolex.

8. Saya pakai kasut jenama Bata  ke sekolah.


8 comments:

  1. asalam.. pn nor azlina blh ke send tatabahasa thn 1 kt email sy

  1. Terima kasih... very helpful to teach my son....

  1. tq. sgt membantu,izin share

  1. Ada satu soalan dari kerja rumah anak darjah satu: Saya sayang akan keluarga saya kerana ( jawab dengan menggunakan kata nama khas), kami fikir sampai cabut rambut pun tak terfikir jawapannya, boleh tolong?

  1. Terima kasih Cikgu Azlina.

  1. Assalamuaikum cikgu nak Tanya kerja sekolah ni nak salin buku latihan ke.

  1. Hafizul

  1. Kata nama khas haiwan tu apa macam buaya kucing burung cicak itu ke

Post a Comment