twitter
rss

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
 KEMAHIRAN MEMBACA

Standard Kandungan Kemahiran  Membaca menentukan keupayaan murid supaya berkebolehan membaca dengan sebutan , intonasi, jeda , kelancaran  yang betul. Penekanan  perlu diberi  pada aspek pemahaman  dan penaakulan  pelbagai bahan ilmu dan sastera  secara kritis dengan menggunakan  pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya  menghayati teks yang dibaca. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca, guru perlu menetapkan  objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran  Kemahiran Membaca.

STANDARD KANDUNGAN KEMAHIRAN MEMBACA

Murid patut mengetahui dan boleh melakukan :
2.1 Asas membaca dengan sebutan yang betul

2.2  Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai  sumber dengan sebutan yang betul.
2.3 Membaca kuat  pelbagai  bahan  bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
2.4 Membaca dan memahami  maklumat yang tersurat  dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respon yang betul.
2.5Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.
2.6 Membaca pelbagai sastera dan bukan sastera yang sesuai   bagi memupuk minat membaca.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik pautan di bawah:-

MENGENALI HURUF

LATIHAN MEMBATANG SUKU KATA


LATIHAN SEBUTAN, EJAAN, DAN BACAAN

LATIHAN MEMBACA DENGAN SEBUTAN DAN INTONASI YANG BETUL 

BERMAIN BOLA 

LAWATAN KE LENGGONG PERAK 

KEBUN DATUK INA 

BAD DAN RAKAN BAD.

KANCIL DAN BUAYA

ANJING DAN BAYANG - BAYANGNYA








0 comments:

Post a Comment