STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN
KEMAHIRAN MENULIS
Standard Kandungan Kemahiran Menulis menentukan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat. serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul , serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginasi untuk menghasilkan penulisan . Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Menulis.
STANDARD KANDUNGAN KEMAHIRAN MENULIS
3.1 Asas menulis dengan cara yang betul.
3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas.
3.3 Membina dan menulis perkataan , frasa dan ayat dengan betul
3.4 Menulis imlak dengan tepat.
3.5 Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber.
3.6 Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun.
3.7 Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul.
3.8Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik pautan di bawah:-
LEMBARAN KERJA (KEBERSIHAN)
LEMBARAN KERJA (KELUARGA)
MENULIS DENGAN TULISAN YANG KEMAS DAN CANTIK