twitter
rss




  Mari baca




 

                                                       Kebun Datuk Ina

     Pada hari Sabtu yang lalu, Ina sekeluarga melawat datuk dan nenek di kampung.Kami bertolak dari Manjung pada  pukul 6.30 pagi.Kami pergi dengan menaiki kereta Naza Citra.
     Datuk  Ina, Pak Wak Karjoo mengajak Ina pergi ke kebun sayur – sayuran. Di kebun  ada banyak   sayur seperti kubis, cili, petola, kangkung, bendi.
     Ina menolong datuk menanam sayur- sayuran.Datuk mengutip sayur – sayuran  dan buah – buahan.Datuk memasukkan sayur – sayuran dan buah – buahan ke dalam bakul. Ina membantu datuk menyiram sayur – sayuran.
    Nenek  Ina, Mak Nah  membubuh baja pada sayur- sayuran.Datuk membuat batas.Dia menggunakan cangkul untuk membuat batas. Sayur – sayuran yang ditanam oleh datuk hidup subur.

2 comments:

  1. assalamualaikum.Blog yang menarik.Banyak maklumat yang dikongsi bersama.Tahniah dan teruskan.

  1. Terima kasih.

Post a Comment