twitter
rss



Mari baca





Lawatan  Ke Lenggong  Perak 

     Ali melawat ke Lenggong Perak. Ali pergi dengan datuknya. Suhu Lenggong  sangat sejuk.Terpegun Ali melihat keindahan Lenggong. Orang Lenggong sangat baik dan ramah.
   Ali bertanya kepada datuknya bagaimana Lenggong mendapat nama. Menurut datuk, kononnya pada zaman dahulu ada seorang Semang hendak menebang sepokok kayu yang besar. Mengikut ceritanya pokok itu sebesar empat atau lima pemelok. Oleh kerana pangkal pokok itu keadaannya berbanir  jadi  susahlah hendak menebangnya. Si Semang tadi berusaha pula membuat pelenggar iaitu suatu tempat bertanjak untuk menebang pokok,Semang bersusah payah menebang, akhirnya tumbanglah pokok itu tetapi malangnya pokok yang ditebang oleh Semang itu menimpa sepokok kayu yang lain yang terkecil sedikit daripadanya. Pokok yang kecil itu patah dan menyebabkan pokok yang ditebang itu terlanggong di atasnya. Batang kayu yang terlanggong itu, tinggallah di situ hingga beberapa lamanya. Akhirnya tempat itu dinamakan “Langgong”. Lama kelamaan nama “Langgong” itu berubah mengikut pelat sebutan menjadi “Lenggong”, kekal nama itu hingga sekarang iniSuatu cerita lagi, konon asalnya terbit nama Lenggong ialah kerana keadaan tempatnya seolah-olah terdinding atau terlengkong oleh bukit-bukit dan banjaran gunung. Jadi tempat tersebut dikenal dengan nama “Lengkong”. Akhirnya berubah pula sebutan “Lengkong” itu menjadi “Lenggong.
       Ali juga  melawat tapak arkeologikal di mana wujudnya bukti-bukti penempatan manusia  ditemui. Tapak-tapak arkeologikal penting termasuk Kota Tampan, Bukit Jawa di Kampung Gelok dan Kampung Temelong. Penemuan arkeologikal paling terkenal di Lenggong adalah Orang Perak, rangka peninggalan berusia 11,000 tahun yang ditemui pada 1990. Peralatan batu berusia 100,000 tahun telah digali dekat Kampung Gelok dan Kampung Temelong.Di sana telah telah ditemui bukti bahawa Gua Harimau merupakan tapak penghasilan peralatan gangsa semasa Zaman Gangsa. Terdapat juga Muzium Arkeologikal Lenggong di Kota Tampan di mana artifak yang digali dari kawasan sekitar dipamerkan.
        Ali seronok melawat Lenggong. Ali berazam untuk datang ke Lenggong lagi .Ali tidak dapat melupakan  keindahan semulajadi Lenggong .

Nota  untuk guru:-
1.    Guru  meminta murid membaca teks dengan kuat , lancar,sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
2.   Murid bercerita tentang pengalaman bercuti.
3.   Murid  dibimbing mengenal pasti ayat FN + FK dalam teks.
4.   Murid dikehendaki  menulis teks di dalam buku tulis.

                                                               

2 comments:

  1. blog yang menarik dan sangat berguna

  1. Terima kasih.

Post a Comment