Tatabahasa
Info kata hubung
Kata hubung
a) Kata hubung digunakan untuk menggabungkan atau menyambungkan lebih daripada satu ayat.
b) Contoh kata hubung :-
sambil, dan, atau, lalu,tetapi,kerana, agar, supaya.
c) Contoh ayat :-
1) Walaupun Ali kaya tetapi dia tidak sombong.
2) Azlina dan Azliey berkawan baik sejak kecil.
3) Anim membuka pintu bilik lalu masuk ke dalam.
4) Kamu gemar makan buah rambutan atau durian ?
5) Aminah makan sambil menonton televisyen.
6) Ainan tidak pergi ke sekolah kerana demam.
7) Kita hendaklah mendengar nasihat guru agar kita berjaya dalam hidup.
8) Saya menggosok gigi setiap hari supaya gigi tidak rosak.
Catatan :-
Azlina Ibrahim
December 13, 2012 at 1:25 AM
menarik sekali info yang cikgu berikan dalam penghasilan blog. tahniah cikgu