Kemahiran Membaca
Mari Membaca
Berkelah Di Teluk Batik
Pada hujung minggu yang lalu, saya
dan keluarga saya telah pergi berkelah diTeluk Batik.Kami bertolak selepas
selesai bersarapan pagi.
Semasa sampai di sana saya lihat
ramai orang datang berkelah.Masing masing membawa makanan ,minuman,tikar dan
ada juga yang membawa pelampung. Setelah tikar dibentang ,ibu meletakkan
makanan dan minuman yang kami bawa di atasnya.
Saya dan adik pergi berenang di
pantai setelah meminta izin dari ibu.Ayah telah menemani saya dan adik berenang
di dalam air kerana kami masih lagi kecil.Setelah puas bermain di dalam air,
kami naik untuk bermain bola pantai bersama-sama dengan ayah dan ibu.
Sejam kemudian ,perut kami berasa
lapar.Kami makan makanan yang disediakan oleh ibu.Apabila waktu menghampiri
tengahari kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah.Kami memungut sampah sarap
serta membuangnya ke dalam tong sampah yang disediakan sebelum pulang.
Saya berasa sungguh seronok kerana
dapat berenang dan bermain di situ.Saya akan datang berkelah di sini lagi jika
ada peluang di masa hadapan.
November 27, 2012 at 2:20 AM
Terima kasih atas perkongsian maklumat yang bermanfaat!^^