Arahan:-
1) Guru membimbing murid menyanyikan lagu Balik Kampung.
2) Murid menyanyikan lagu tersebut dengan iringan dan tanpa iringan muzik.
3) Guru membimbing murid menulis karangan tentang kampung dalam buku tulis.
Mari Menyanyi
BALIK KAMPUNG
Perjalanan jauh tak kurasa
kerana hatiku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung, ladang dan rimba,
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
semuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung....
Ho...ho..ho..balik kampung
ho..ho...ho... balik kampung, hati girang
ho...ho...ho...balik kampung
ho...ho...ho...balik kampung
Ho...ho...ho...balik kampung, hati girang
Terbayang wajah- wajah yang ku sayang
satu - satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulanganku nanti
Pencipta dan Penulis Lirik : Sudirman Haji Arshad