twitter
rss

STANDARD  KANDUNGAN  DAN STANDARD PEMBELAJARAN  ASPEK  SENI BAHASA

Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa menentukan keupayaan murid mengungkapkan keindahan bahasa , memahami dan menghargai bahasa melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran  ini secara didik hibur supaya dapat menarik  minat  murid  dan membantu murid lebih berktrampilan serta menghayati kandungan seni bahasa itu. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran  seni bahasa, guru harus menetapkan  objektif yang perlu dicapai oleh  oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan  dan Standard Pembelajaran Kemahiran Seni Bahasa Yang disediakan .

STANDARD KANDUNGAN SENI BAHASA

Murid patut mengetahui dan boleh melakukan :  -

4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur
4.2 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan   bahasa badan secara kreatif semasa bercerita secara didik hibur.
4.3 Mengujarkan bahasa yang indah  dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan  secara didik hibur
4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

0 comments:

Post a Comment