Instrumen Pentaksiran Standard Prestasi
Bahasa Malaysia Tahun 1
kemahiran 
 | 
Membaca 
 | 
Band 
 | 
3 
 | 
Penyataan 
standard 
 | 
Mengetahui , memahami dan memberi  respons terhadap perkara  yang di dengar tutur, dibaca dan ditulis 
 | 
Deskriptor 
 | 
B3DB1 
Membaca ayat  dengan sebutan dan intonasi yang betul serta memahaminya 
 | 
Evidens 
 | 
B3DB1E1 
Membaca ayat tunggal  dan ayat majmuk dengan lancar serta sebutan dan intonasi yang betul. 
 | 
Aktiviti 
Pentaksiran 
 | 
Bahan: 
. Petikan 
. gambar 
Langkah pentaksiran : 
1.       Guru memaparkan petikan menggunakan LCD dan meminta murid membacanya secara kelas, kumpulan dan individu. 
2.       Guru menyoal murid secara lisan 
3.       Contoh soalan : 
1)      Apakah nama arnab kamu? 
2)      Apakah  warna badan arnab   ? 
3)      Apakah makanan dan minuman arnab ? 
 | 
Contoh instrument pentaksiran standard prestasi
            Bahasa Melayu Tahun 1
Nama :-.......................................................
Tarikh :-...................................................
Kelas    :-   ............................................
Rujukan:- B3 DB1E1,B3DB1E2
Arahan :Baca dan fahami petikan ini, jawab soalan dengan betul.
Nama  arnab  saya Comot. Bulu badan arnab saya putih dan gebu.
Arnab saya comel. Arnab saya suka makan lobak dan minum  susu.
Arnab saya pandai melompat menangkap bola.
A)  Guru menyoal murid berkenaan bahan bacaan yang di baca oleh murid.
1.    Apakah nama arnab kamu ?
Nama arnab saya ialah __________________________.
2.   Apakah warna bulu badan Comot ?
Warna bulu badan Comot ialah   ___________________.
3.   Apakah yang  Comot suka makan dan minum ?
Comot suka makan  ______________ dan minum_______.

