twitter
rss


Kata Nama Am

1)Kata nama am  digunakan untuk menyebut sesuatu seperti manusia , haiwan, benda, tumbuh- tumbuhan dan tempat.
2) Contoh kata nama am adalah seperti berikut:-

Manusia
nelayan,guru, mak, ayah, kakak, adik,polis, doktor .

Tumbuh- tumbuhan
kubis, cili,pokok mangga, pokok kelapa, pokok pisang, manggis  .

Benda
meja,kerusi, pemadam, beg, baju, kasut, bola, pensel, cawan, gelas, buku.

Haiwan

gajah, ikan, ayam, ular, tikus, kura- kura, katak, harimau , burung.

Tempat

hospital, kedai,rumah,balai bomba, pejabat, pasar raya, tasik, sekolah,taman, sawah.


Contoh Soalan

Isi tempat kosong dengan kata nama  am yang betul .

1, Azlina bermain  __________di padang.

A . bola
B   guli


2. Aziq memotong   jambu batu menggunakan ___________________.

A  gunting
B  pisau


3. Murid  kelas 1 Terbilang  mengibarkan ________________Jalur Gemilang.

A langsir
B bendera

6 comments:

  1. Cikgu, nak tanya perkataan "internet" adalah kata nama am ataupun kata nama khas?

  1. Kata nama am.dik

  1. Cikgu nama penyakit seperti kencing manis kata nama am atau kata nama khas

  1. Nama semua jenis penyakit adalah kata nama khas kerana kata nama itu fokus pada nama penyakit yang berkenaan..

  1. cikgu,pemakanan kata nama am ke?

  1. saya main bola. saya atau bola kata nama am?

Post a Comment