twitter
rss





Kemahiran  Membaca
Mari Membaca
                                 Berkelah  Di Teluk Batik
Pada hujung minggu yang lalu, saya dan keluarga saya telah pergi berkelah diTeluk Batik.Kami bertolak selepas selesai bersarapan pagi.
Semasa sampai di sana saya lihat ramai orang datang berkelah.Masing masing membawa makanan ,minuman,tikar dan ada juga yang membawa pelampung. Setelah tikar dibentang ,ibu meletakkan makanan dan minuman yang kami bawa di atasnya.
Saya dan adik pergi berenang di pantai setelah meminta izin dari ibu.Ayah telah menemani saya dan adik berenang di dalam air kerana kami masih lagi kecil.Setelah puas bermain di dalam air, kami naik untuk bermain bola pantai bersama-sama dengan ayah dan ibu.
Sejam kemudian ,perut kami berasa lapar.Kami makan makanan yang disediakan oleh ibu.Apabila waktu menghampiri tengahari kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah.Kami memungut sampah sarap serta membuangnya ke dalam tong sampah yang disediakan sebelum pulang.
Saya berasa sungguh seronok kerana dapat berenang dan bermain di situ.Saya akan datang berkelah di sini lagi jika ada peluang di masa hadapan.

1 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian maklumat yang bermanfaat!^^

Post a Comment